Saturday, 25 January 2014

Tip-tip Penjagaan Batik Sutera

Di sini saya nak kongsikan beberapa tip yang saya dapat dari blog lain dan juga dari pertanyaan dengan pengusaha batik

1. Jangan rendam kain sutera terlalu lama di dalam air kerana boleh menyebabkan warna sutera cepat luntur

2. Basuh kain batik menggunakan cucian tangan. Jangan gunakan mesin basuh.

3. Jangan guna berus apabila membasuh sutera kerana boleh merosakkan urat benang sutera yang amat  
    halus

4. Selepas dibilas terus dijemur. Tak perlu diperah kain tersebut.

5. Jangan gunakan peluntur kerana peluntur boleh menyebabkan kain puan menjadi reput

6. Gunakan pelembut kain pada kadar yang sedikit. Sebaliknya gunakan shampoo atau shower gel.

7. Jangan jemur dibawah sinaran matahari yang terik supaya dapat mengelakkan warna daripada cepat
    pudar

8. Gunakan kain yang lain untuk mengalas kain batik sutera anda apabila diseterika.


 PANTANG LARANG :  Kain sutera tidak boleh terkena dengan spirit atau alkohol. Oleh itu minyak wangi yang mengandungi alkohol jangan sampai terkena secara terus ke pakaian sutera. Puan boleh menyembur terlebih dahulu pewangi pada telapak tangan, dan sesudah kering barulah disapukan pada pakaian.Alkohol yang terkenal fabrik sutera akan menyebabkannya berkedut dan tidak dapat kembali ke keadaan asal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...