About

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pelanggan dan juga anda yang melawat blog Idayu Batik. Semua batik yang diedarkan oleh Idayu Batik adalah batik keluaran Terengganu. Walaubagaimana pun sekiranya terdapat batik keluaran lain. Pelanggan akan dimaklumkan.Perniagaan ini dimulakan oleh saya dan suami mulai November 2013 dan hakmilik Syarikat Syuk Synergy Venture (2324070-K).

Pada awal perniagaan ni, Idayu Batik bermula dengan beberapa helai kain sutera dan kaftan. Selepas itu, kami mula menjual kain sarung, kaftan kanak-kanak. Dan sekarang kami mempelbagaikan produk dengan menambahkan batik lukis dari material cotton. Kami juga mula menawarkan sutera sedondon untuk tempahan. 

Disamping produk keluaran Nozi Batik, kami juga mencari pengusaha batik yang dapat menawarkan harga yang lebih murah supaya kami dapat menawarkan harga yang lebih menarik kepada pelanggan. Disamping itu juga kami menambah koleksi corak-corak dan design terkini juga lebih banyak pilihan kepada pelanggan.



Kami berbesar hati sekiranya anda semua dapat memberi pandangan dan cadangan kepada Idayu Batik agar dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami. Kami juga bercadang menawarkan saguhati kepada pelanggan yang dapat memberi idea sehingga dapat meningkat jualan Idayu Batik. Insya Allah. Sesungguhnya kepuasan anda semua adalah kepuasan kami. 

Sebagai jaminan, sekiranya terdapat produk kami yang tidak memenuhi kehendak anda, boleh dipulangkan semula dan kami berjanji akan memulangkan semula wang anda, tertakluk kepada produk tersebut dalam keadaan sama seperti asal yang anda terima dan kos pengeposan semula ditanggung anda.

Sekian,

Idayu Toriman
CEO Idayu Batik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...