Di sini saya nak kongsikan beberapa tip yang saya dapat dari blog lain dan juga dari pertanyaan dengan pengusaha batik
1. Jangan rendam kain sutera terlalu lama di dalam air kerana boleh menyebabkan warna sutera cepat luntur
2. Basuh kain batik menggunakan cucian tangan. Jangan gunakan mesin basuh.
3. Jangan guna berus apabila membasuh sutera kerana boleh merosakkan urat benang sutera yang amat
halus
4. Selepas dibilas terus dijemur. Tak perlu diperah kain tersebut.
5. Jangan gunakan peluntur kerana peluntur boleh menyebabkan kain puan menjadi reput
6. Gunakan pelembut kain pada kadar yang sedikit. Sebaliknya gunakan shampoo atau shower gel.
7. Jangan jemur dibawah sinaran matahari yang terik supaya dapat mengelakkan warna daripada cepat
pudar
8. Gunakan kain yang lain untuk mengalas kain batik sutera anda apabila diseterika.
PANTANG LARANG : Kain sutera tidak boleh terkena dengan spirit atau alkohol. Oleh itu minyak wangi yang mengandungi alkohol jangan sampai terkena secara terus ke pakaian sutera. Puan boleh menyembur terlebih dahulu pewangi pada telapak tangan, dan sesudah kering barulah disapukan pada pakaian.Alkohol yang terkenal fabrik sutera akan menyebabkannya berkedut dan tidak dapat kembali ke keadaan asal.
Saturday, 25 January 2014
Tuesday, 21 January 2014
Antara Produk Terbaru Idayu Batik
Kaftan Lengan Panjang dan Lengan Pendek yang diedarkan oleh Idayu Batik mendapat sambutan yang menggalakkan. Baru 4 hari dijual 60 helai telah habis. Terpaksa membuat pesanan yang baru. Minggu depan stok baru akan sampai. Buat masa sekarang, bagi pembeli di sekitar Putrajaya yang nak tengok atau pilih batik boleh set appoitment untuk saya tunjukkan. Cash on Delivery (COD) je untuk sekitar Putrajaya.
Kaftan yang tidak turun warna dan tidak kecut apabila dibasuh,
Kaftan lengan panjang
Contoh batik sarung corak biasa dan corak bunga besar
Subscribe to:
Posts (Atom)