Sunday 15 December 2013

Serba sedikit proses pembuatan batik Terengganu

Sebagai penjual batik Sutera Terengganu secara online,saya akan cuba memberi maklumat berkenaan pembuatan batik secara ringkas. Saya minta maaf kalau maklumat ini tidak berapa lengkap tetapi saya akan tambah maklumat yang saya perolehi berkenaan batik ini dari semasa ke semasa. Bengkel/ bangsal batik ini terletak di Kg Bukit Berapit, Tepoh, Kuala Terengganu.

Kedai Nozi Batik yang terletak bersebelahan bangsal pembuatan batik
alat canting digunakan untuk lukis corak pada batik menggunakan lilin panas

kain sutera yang sedang dalam proses warna

proses pertama mewarnakan corak yang telah siap proses canting


campuran warna adalah antara proses yang agak rumit

kain yang telah siap diwarnakan

kain dibiarkan kering sebelum proses mematikan warna


proses mematikan warna, kain direndam dalam air panas yang dicampur dengan sejenis bahan yang boleh mematikan warna

kain sutera yang telah siap untuk dijual
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...