Sunday 15 December 2013

Serba sedikit proses pembuatan batik Terengganu

Sebagai penjual batik Sutera Terengganu secara online,saya akan cuba memberi maklumat berkenaan pembuatan batik secara ringkas. Saya minta maaf kalau maklumat ini tidak berapa lengkap tetapi saya akan tambah maklumat yang saya perolehi berkenaan batik ini dari semasa ke semasa. Bengkel/ bangsal batik ini terletak di Kg Bukit Berapit, Tepoh, Kuala Terengganu.

Kedai Nozi Batik yang terletak bersebelahan bangsal pembuatan batik
alat canting digunakan untuk lukis corak pada batik menggunakan lilin panas

kain sutera yang sedang dalam proses warna

proses pertama mewarnakan corak yang telah siap proses canting


campuran warna adalah antara proses yang agak rumit

kain yang telah siap diwarnakan

kain dibiarkan kering sebelum proses mematikan warna


proses mematikan warna, kain direndam dalam air panas yang dicampur dengan sejenis bahan yang boleh mematikan warna

kain sutera yang telah siap untuk dijual

Friday 22 November 2013

Produk Batik Sutera Crepe Keluaran Syarikat Nozi Batik

Produk Batik Sutera Crepe Keluaran Syarikat Nozi Batik

Disini saya postkan produk-produk batik sutera keluaran syarikat Nozi Batik bagi anda yang meminati batik. Nozi batik telah berada dalam industri Batik di Terengganu melebihi 20 tahun dan telah mengeluarkan produk batik yang berkualiti. Saya menyediakan perkhidmatan jualan batik secara online. Anda hanya perlu mengesahkan kod produk dan membuat pembayaran melalui maybank atau cimb. Setelah pengesahan pembayaran dibuat, saya akan poskan produk yang diminta oleh anda.
Beberapa contoh batik sutera untuk tantapan anda.





 Terdapat 2 design batik sutera crepe yang saya jual buat masa ini iaitu Sutera Crepe Tanpa Permata dan Sutera Crepe dengan Permata. Harga Sutera Tanpa Permata ialah RM260 dan Sutera Crepe Dengan Permata ialah RM310.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...